Monday, 27 August 2012

Innovasi dan kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran


innovasi dan kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran


Proses perkembangan pengajaran dan pembelajaran dari masa ke semasa telah membawa banyak perubahan dalam aktiviti pengajaran di dalam kelas. Corak pengajaran masa kini telah mengalami banyak perubahan dan bertambah maju. Pengajaran dan pembelajaran dalam pada masa kini boleh ditafsirkan sebagai satu proses, komunikasi, sains dan seni.
 Perkembangan dunia dari zaman batu hingga kini memberi impak yang amat besar keatas kehidupan terutama manusia. Manusia merupakan hidupan yang mudah belajar dan memahami apa yang dipelajari. Kini kepesatan pembangunan adalah hasil dari kreativiti dan innovasi orang-orang terdahulu. Disinilah impak pengajaran dan pembelajaran bermula. Kepesatan pembangunan serta kemajuan ekonomi, sains dan teknologi bukan saja membawa kepada kemanfaatan, pada masa yang sama juga banyak masalah yang timbul akibat dari ilmu yang diketahui.
 Cara penyampaian maklumat boleh dianggap sebagai kaedah dan teknik pengajaran. Oleh itu atas kesedaran ahli-ahli pengajaran dan pembelajaran di negara maju, mereka telah mencipta kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih inovatif dan keratif bagi pelajar-pelajar agar pelajar generasi millennium mampu menghadapi dan dapat menyelesaikan masalah-masalah baru yang bakal timbul secara professional, berkeyakinan dan yang lebih penting ialah berwibawa. Ia merupakan pengajaran dan pembelajaran berasaskan penyelesaian  masalah (Problem-based Learning)
 Didalam sebuah kelas, biasanya terdapat pelajar yang berlaianan kebolehan pembelajarannya. Guru harus peka dan menggunakan kepakaran mereka untuk menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran. Guru harus tahu memilih teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan kebolehan pelajar. Ia mesti merangsang pelajar untuk berinteraktif secara aktif dan cepat bertindak bila didapati pengajarannya itu kurang menarik minat pelajar. Dalam menyediakan perancangan pembelajaran, aktiviti yang akan dilakukan mestilah mempunyai urutan yang baik.
 Teknik adalah kemahiran guru dalam pengelolan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Inovasi dan kreativiti merupakan satu kaedah berfikir diluar kotak. Berfikir diluar kotak adalah satu cara menengok dunia dengan meneroka. Manakala teknik pula ialah kemahiran guru dalam pengelolan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Ia adalah satu cara atau teknik yang sangat baik untuk mendalami permasalahan yang begitu komplek yang wujud masa kini. Antara teknik-teknik yang biasa digunapakai ialah teknik “brainstorming”, “Mind Mapping, simulasi, permaianan dan lakonan.
 Teknik “Brainstorming” satu cara pencarian idea yang terbaik. Ia merupakan curahan idea yang dikumpulkan yang dalam keadaan yang selesa yang mana ia menghasilkan satu idea yang diluar dari pemikiran atau digelar berfikir diluar kotak. Hasil dari teknik “brainstorming” ini, membolehkan kita menggunakan “mind mapping” untuk menyusun idea-idea tadi dan menghubungkaitkannya.
 Simulasi merupakan satu mod terperinci yang terkawal bertujuan untuk menggambarkan situasi yang terdapat dalam dunia sebenar. Ia merupakan satu pandangan dramatik kehidupan yang sedia ada untuk tujuan pembelajaran tentang pengalaman sebenarnya.
 Belajar sambil bermain adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang sangat berkesan kepada kanak-kanak, kerana ia mendatangkan keseronokan dan kepuasan. Keseronokan akan memudahkan pembelajaran dan senang kanak-kanak dapat menguasai pembelajaran yang disampaikan. Ia juga sangat baik untuk perkembangan emosi kanak-kanak.
 Terdapat berbagai cara yang kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran yang dapat menyeronokkan pembelajaran. Apa yang penting ialah kreativiti dan inovatif guru dalam pengajaran agar dapat menarik minat pelajar untuk mendalami ilmu yang dipelajarinya. Kaedah harus berubah mengikut keadaan masa, tempat dan pelajar. Dengan demikian, guru harus pandai memilih kaedah yang baik, yang sesuai dengan keadaan masa, tempat dan pelajar.
             Sesuatu kaedah pengajaran hendaklah dipilih berasaskan suatu pendekatan. Sebelum mengaplikasi sesuatu kaedah pengajaran, guru harus memikirkan pekara-pekara berikut:-
1. Kaedah mestilah sesuai dengan tujuan dan matlamat pelajaran
2. Kaedah mesti sejajar dengan objektif pelajaran yang hendak dicapai
3. Kaedah juga haruslah sesuai sifat semulajadi (nature) pelajaran yang diajar
4. Kaedah mesti sepadan atau setara dengan umur pelajar
5. Kaedah itu mestilah yang boleh atau mampu diaplikasi oleh guru
6. Mempunyai masa yang cukup untuk mengaplikasikan kaedah berkenaan
7. Kaedah yang dipilih mestilah sesuai dengan kemudahan yang ada


Ini adalah pandangan saya sahaja, terpulanglah kepada individu untuk setuju ataupun tidak.

No comments:

Post a Comment